fbpx

28 November 2020, 9:35 am

  TERKINI

Rompak: Konstabel kecewa buat ibu bapa menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis yang dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan  merompak mengakui kecewa membuat ibu bapanya menangis.

Konstabel Mohamad Firdaus Che Hussin, 25, berkata demikian selepas ditanya perasaan oleh Hakim Hasbullah Adam apabila mengetahui ibu bapanya yang kini dijaga kakaknya di kampung menangis selepas mengetahui berita penahanannya.

Terdahulu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dengan seorang lagi yang masih bebas ke atas Syaifulyazan Hassan, 57.

Dalam kejadian pada pukul 1 pagi, 13 Oktober lalu, kedua-dua sahabat itu didakwa melarikan  dua utas gelang tangan emas dan wang tunai RM275  di rumah mangsa di Flat Seri Melaka, Cheras di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd. Jafri mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan tidak mencadangkan  jaminan kerana kesalahan dikenakan tidak boleh dijamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dibenarkan jamin kerana menjadi penanggung tunggal keluarga dan adai dua orang anak berusia lima bulan serta dua tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 7 Disember ini. – UTUSAN