Rombakan Kabinet kerajaan PN?

Rombakan Kabinet kerajaan PN?

KENDERAAN yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan memasuki bangunan Perdana Putra pagi ini bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama menteri kabinet di sini, hari ini. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Meskipun kepimpinan UMNO kelmarin mengisytiharkan ‘gencatan politik’, namun suasana tenang di pintu masuk ke Bangunan Perdana Putra di sini ternyata berbeza.

Hari ini ramai petugas media berkumpul seawal pukul 8 pagi susulan desas-desus menyatakan akan berlaku rombakan Kabinet berikutan Mesyuarat Kabinet Khas yang diadakan hari ini.

Difahamkan mesyuarat tersebut dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika khabar angin itu benar, ia merupakan pertukaran kali pertama jemaah menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak dibentuk pada 1 Mac lalu.

Muhyiddin dijangka mengumumkan rombakan barisan menteri buat julung kali selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, kelmarin.

Pengumuman rombakan Kabinet itu dipercayai sebagai usaha penuhi tuntutan UMNO yang baru-baru ini mengumumkan sedia mempertimbangkan untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan PN.

Ia susulan mesyuarat tergempar Biro Politik parti itu yang menyaksikan ramai pemimpin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Muhyiddin dalam pelbagai isu politik.

Ini termasuk ramai pemimpin UMNO tidak diberi jawatan penting walaupun memiliki banyak kerusi di Dewan Rakyat dan sabotaj Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya