PN tekad bantu rakyat tangani pandemik bersama - Utusan Malaysia

PN tekad bantu rakyat tangani pandemik bersama

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pada ketika ramai pihak mempertikai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ditambah dengan pandemik Covid-19 yang membimbangkan, Perikatan Nasional (PN) menyambut baik semangat solidariti parti-parti komponennya atas dukungan dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepemimpinan beliau.

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, komponen PN iaitu Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta ahli-ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC dan PBRS telah menzahirkan sokongan penuh kepada Muhyiddin dalam apa jua keadaan.

“Kerajaan bertekad terus bekerja kuat bersama-sama rakyat dan barisan hadapan negara bagi memerangi pandemik Covid-19.

“Pentadbiran Perdana Menteri memberi kepimpinan secara menyeluruh dan berganding bahu bersama-sama pakar kesihatan dan ekonomi serta pasukan keselamatan untuk merangka pelan jangka pendek, sederhana serta panjang bagi menangani wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Azmin menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengiktiraf kejayaan PN dalam menangani wabak Covid-19 dengan baik dan berkesan.

“Kerajaan juga menjunjung kasih di atas keyakinan Seri Paduka terhadap pelaksanaan kebijakan dan tindakan penguatkuasaan oleh kerajaan demi melindungi kesihatan rakyat, memelihara kebajikan dan menjamin keselamatan rakyat serta mencerdaskan ekonomi negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya