Penghantar notis maut kereta bertembung lori - Utusan Malaysia

Penghantar notis maut kereta bertembung lori

KEADAAN kereta dipandu Mohamad Noor Ikhwan Mohd. Zaimi yang remuk selepas bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 24 Jalan Temerloh-Bahau di Bera, Pahang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Seorang penghantar notis Jabatan Tanah dan Galian Temerloh maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki membawa muatan petrol di Kilometer 24 Jalan Temerloh-Bahau, di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5.05 petang itu mengakibatkan Mohamad Noor Ikhwan Mohd. Zaimi, 24, tersepit dalam keretanya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mansor Samsudin berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Bahau.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mansor berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya