Pemimpin BN terkejut Najib cadang sokong Anwar - Utusan Malaysia

Pemimpin BN terkejut Najib cadang sokong Anwar

NAJIB Tun Razak menghadiri mesyuarat pemimpin BN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dilaporkan terkejut dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bekerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat pemimpin parti itu di sini hari ini.

Memetik laporan portal Malaysiakini, cadangan yang dibawa Ahli Parlimen Pekan itu tidak diterima oleh sebahagian besar ahli-ahli Parlimen lain.

Najib mencadangkan perkara itu dengan alasan kerajaan hari ini memerlukan keseimbangan dalam jawatan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berpegang teguh dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti berkenaan untuk tidak bekerjasama dengan ketua pembangkang itu dan DAP.

Mesyuarat antara pemimpin BN itu berlangsung di Menara Dato Onn bagi membincangkan persiapan persidangan Dewan Rakyat awal bulan depan.

Mesyuarat itu juga adalah bagi memberi ruang kepada pemimpin parti itu membincangkan hala tuju selepas cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengisyharkan darurat ditolak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya