Pemimpin BN bermesyuarat bincang persiapan, isu semasa - Utusan Malaysia

Pemimpin BN bermesyuarat bincang persiapan, isu semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat antara pemimpin Barisan Nasional (BN) berlangsung di Menara Dato Onn di sini hari ini bagi membincangkan persiapan persidangan Dewan Rakyat awal bulan depan.

Mesyuarat itu juga adalah bagi memberi ruang kepada pemimpin parti itu membincangkan hala tuju selepas cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengisyharkan darurat ditolak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

“Mereka memberi fokus bagi mempersiapkan semua pemimpin parti dalam sidang Dewan Rakyat nanti.

“Selain itu, mesyuarat ini membincangkan jsusulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Beberapa pemimpin BN yang dilihat menghadiri mesyuarat itu ialah Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak Razak; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN