Pelajar 16 tahun pamer aksi 'wheelie' antara ditahan dalam Op Samseng Jalanan - Utusan Malaysia

Pelajar 16 tahun pamer aksi ‘wheelie’ antara ditahan dalam Op Samseng Jalanan

ANTARA penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Ipoh-Butterworth di Taiping, Perak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Dua remaja lelaki termasuk pelajar berusia 16 tahun yang menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘wheelie’ ditahan polis di Jalan Ipoh-Butterworth, di sini hari ini.

Kedua-dua remaja itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Taiping bermula pukul 11.45 malam semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pelajar tersebut dan seorang lagi remaja berusia 18 tahun ditahan setelah dilihat melakukan aksi berbahaya itu.

Katanya, ujian air kencing yang dilakukan ke atas mereka yang ditangkap itu didapati negatif.

“Tindakan kedua-dua remaja itu mengangkat tayar hadapan semasa menunggang motosikal bukan sahaja membahayakan nyawa mereka tetapi pengguna jalan raya lain.

“Mereka dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam operasi tersebut, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun turut ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu.

“Operasi yang berakhir pada pukul 5 pagi ini merekodkan 52 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk membabitkan cermin sisi, tiada lesen memandu dan ubah suai ekzos,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.