Mayat penternak kupang ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat penternak kupang ditemukan

ANGGOTA bomba mengusung mayat Jam Md. Ross tepi tebing selepas ditemukan kira-kira 4.2 batu nautika dari Sungai Pulai, Perairan Sabak Bernam pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kehilangan seorang penternak kupang sejak dua hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan kira-kira 4.2 batu nautika dari Sungai Pulai di perairan Sabak Bernam pagi ini.

Mayat Jam Md. Ross, 43, ditemukan nelayan kira-kira pukul 9.20 pagi dalam keadaan tertangkup.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, mayat mangsa ke kemudian dibawa ke Jeti Nelayan Sungai Pulai oleh bot Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM). 

“Setibanya di jeti tersebut, mayat diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut. 

“Dengan penemuan itu, operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) ditamatkan pada pukul 10 pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN