fbpx

4 Disember 2020, 12:16 pm

  TERKINI

Makanan import 105.5 tan diperiksa

Jabatan Kesihatan Kelantan memeriksa makanan import dibawa masuk menerusi pintu sempadan Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) melakukan pemeriksaan ke atas 105.5 tan barangan berupa makanan import dibawa masuk menerusi tiga pintu masuk antarabangsa  negeri ini.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pemeriksaan  bagi memastikan semua makanan tersebutmematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Makanan 1985.

“Tumpuan utama membuat kawalan makanan import meliputi aktiviti pemeriksaan dan pensampelan.

“Selain itu, pemeriksaan label terhadap makanan import berbungkus turut diberikan perhatian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan itu  satu usaha mendidik pengimport, agen dan penjual  untuk memastikan produk makanan dijual mengikut peraturan.

Katanya, JKNK sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh  mengancam kesihatan   pengguna.  

“Dalam operasi itu, satu konsainan makanan (import) dengan nilai  RM19,063 dikenakan tindakan pengalihan sementara di bawah Seksyen 4(13) Akta Makanan 1983 kerana kesalahan pelabelan  tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Bagaimanapun, JKNK  menasihatkan syarikat terbabit melabelkan semula konsainan makanan yang ditahan itu,” ujarnya.

Dr Zaini berkata, JKNK akan terus melipatgandakan operasi di pintu masuk negara bagi memastikan makanan diimport mengikut peraturan.

Katanya, operasi di pintu masuk  Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga akan diteruskan dari semasa ke semasa. – UTUSAN