Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu ditutup dua hari - Utusan Malaysia

Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu ditutup dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua premis kehakiman syariah di Terengganu ditutup dua hari bermula hari ini bagi aktiviti nyah cemar.

Ketua Hakim Syarie negeri, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. berkata, penutupan sementara itu membabitkan Mahkamah Syariah Kuala Terengganu dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu.

Katanya, langkah tersebut diambil kerana tiga pegawai Jabatan Kehakiman Syariah negeri mempunyai kontak rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19.

“Penangguhan operasi ini dibuat bagi pelaksanaan kerja-kerja sanitasi bangunan ibu pejabat dan di Hulu Terengganu.

“Kami mendapat arahan ada tiga pegawai yang dikategorikan sebagai kontak rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semasa Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 di Hotel Movenpick di Sepang pada 29 September lalu,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, Wan Mohd. Zakri berkata, kedua-dua premis itu kembali beroperasi seperti biasa Ahad ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN