LPP usahakan bekalan air kepada pesawah sempadan Pasir Puteh-Besut - Utusan Malaysia

LPP usahakan bekalan air kepada pesawah sempadan Pasir Puteh-Besut

NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Masalah beratus petani di daerah ini yang mengharapkan bekalan air hujan bagi penamanan padi sejak sekian lama diselesaikan menerusi rundingan dengan memanfaatkan lebihan air Empangan Paya Peda dan Empangan Jajar di Besut, Terengganu.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, petani di luar jelapang yang bersempadan dengan daerah Besut hanya mampu mengusahakan tanaman padi semusim kerana kekangan bekalan air.

Katanya, LPP bersama kerajaan negeri akan berunding dengan Kerajaan Negeri Terengganu bagi mendapatkan sumber air negeri itu dalam tempoh terdekat.

“Lebihan air yang teralir keluar dari kedua-dua empangan berkenaan ke Laut China Selatan difikirkan lebih baik dimanfaatkan petani di kawasan sempadan Besut terutama di Bendang Semerak dan Wakaf Raja.

“Peruntukan RM7 bilion kepada LPP juga membolehkan masalah bekalan air diselesaikan selain menjana produktiviti penanaman padi dua atau tiga musim setahun,” katanya pada Program Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi di Desa Alam Shah Pasir Puteh, di sini, semalam.

Nik Muhammad Zawawi berkata, negeri ini sukar membina empangan kerana ketiadaan struktur geografi yang sesuai berbuat demikian.

“Perbincangan mengenai usaha itu disusun atur termasuk mengkaji arah pengaliran air dan pelbagai aspek yang berkaitan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya