Lelaki maut tersepit kereta rempuh pokok - Utusan Malaysia

Lelaki maut tersepit kereta rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang lelaki maut akibat tersepit selepas kereta yang dinaikinya bersama seorang rakan terbabas lalu merempuh sebatang pokok di tepi Jalan Gelugor, di sini pagi tadi.

Mangsa, Mohamad Nornizam Shahidan yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta jenis Honda Accord disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi.

Rakannya, Zamry Fazil, 49, yang memandu kereta itu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Yusri Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.22 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba, mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala rakannya dibawa keluar oleh orang awam.

“Mangsa ditemukan tersepit dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala. Anggota mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan mayatnya sebelum diserahkan kepada pasukan polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya