Kanak-kanak maut dilanggar lori - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang kanak-kanak maut dilanggar lori selepas jatuh daripada basikal ditunggangnya dalam satu kejadian di Jalan Rekamas 2, Simpang Renggam, semalam.

Mangsa, Abang Muhammad Haizad Abang Thimbone, 12, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parag dialaminya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, kanak-kanak lelaki itu dikatakan terjatuh sebelum dilanggar lori tersebut.

“Pemandu lori yang melalui jalan itu tidak menyedari telah melanggar kanak-kanak tersebut.

“Sebaik menyedari melanggar sesuatu, pemandu berkenaan memberhentikan kenderaannya kira-kira 15 meter daripada kanak-kanak tersebut terbaring.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, lori dan pemandu ditahan sementara siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya