fbpx

9 Mac 2021, 2:27 pm

  TERKINI

Covid-19: Tiada sambutan Deepavali di Perak

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

zaIPOH: Sambutan Deepavali peringkat negeri tahun ini tidak diadakan berikutan langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang kembali menunjukkan pertambahan ketika ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri baru-baru ini berdasarkan situasi semasa setelah mengambil kira kepentingan umum.

Bagaimanapun katanya, perkara-perkara lain berkaitan perayaan itu termasuk membenarkan pembukaan gerai-gerai jualan seperti kebiasaan sebelum ini belum dibincangkan.

“Kita ambil maklum perkara tersebut kerana para peniaga perlu membuat persiapan termasuk menyediakan barang-barang jualan. Jadi sebarang keputusan kita maklumkan segera.

“Selain itu, ia adalah sumber pendapatan kepada para peniaga kerana gerai-gerai ini tumpuan orang ramai membeli keperluan menyambut Deepavali seperti barang hiasan perayaan ,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Digital Perak Bersama Pelabur-Pelabur di sini.

Pada majlis tersebut, Digital Perak memeterai kerjasama dengan KiplePay Sdn. Bhd. Iaitu anak syarikat Green Packet Berhad untuk menyediakan kememudahan transaksi tanpa tunai.

Kerjasama strategik itu bagi membolehkan perkhidmatan-perkhidmatan Digital Perak seperti kursus Latihan yang ditawarkan termasuk transaksi jualan e-dagang dibayar secara tanpa tunai. – UTUSAN ONLINE