Covid-19: 21 SAR, 7 tadika Islam ditutup seminggu di Perak - Utusan Malaysia

Covid-19: 21 SAR, 7 tadika Islam ditutup seminggu di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 21 sekolah agama rakyat (SAR) dan tujuh tadika Islam Perak diarahkan tutup sementara setakat ini ekoran pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, SAR dan tadika Islam berkenaan ditutup sehingga 25 Oktober ini.

Katanya, penangguhan sesi pembelajaran di SAR dan tadika Islam itu diputuskan bagi menjalankan operasi sanitasi dan ujian swab Covid-19.

“Sejak kes Covid-19 kembali mencatat peningkatan, sebanyak 21 SAR dan tujuh tadika Islam ditutup selama seminggu mulai 14 Oktober lalu.

“Ia melibatkan sekolah agama dan tadika di Manjung, Larut Matang dan Selama, Kerian dan Kinta.

“Ini adalah langkah awal yang diambil bagi menghentikan penularan selain memudahkan proses pembersihan dan disinfeksi premis.

“Kita tidak mahu bilangan kes positif Covid-19 bertambah dan mengambil langkah awal bagi membendung sebarang penularan dalam kalangan pelajar,” ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Akmal tidak menolak kemungkinan tempoh penutupan sekolah terlibat dilanjutkan jika kes Covid-19 terus meningkat.

“Keputusan dilanjutkan atau tidak, ia bergantung pada nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

“Tambahan, ujian swab masih dijalankan terhadap pelajar di sekolah terlibat. Jika dinasihatkan penutupan dilanjutkan, maka arah atau pekeliling dikeluarkan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar tidak panik dengan keputusan menutup sekolah terlibat serta ujian swab terhadap pelajar kerana ia adalah proses biasa bagi membendung jangkitan pandemik berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN