Alvin akhirnya diberkas - Utusan Malaysia

Alvin akhirnya diberkas

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas hampir 15 hari menyembunyikan diri, Ketua sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian, Goh Leong Yeong, 32, atau Alvin yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya diberkas awal pagi ini.

Suspek ditahan bersama-sama seorang wanita di sebuah hotel di luar Lembah Klang hasil risikan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan mengenai penahanan Alvin.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, Alvin ditahan kira-kira pukul 1 pagi ini.

Ujarnya, setakat ini, status wanita yang ditahan bersama suspek masih dalam siasatan. Alvin ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya di sini hari ini.

Laporan Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan Alvin dipercayai kembali bersembunyi di ibu negara selepas melarikan diri ke utara tanah air.

Difahamkan, Alvin terus ke sebuah negeri di utara sebaik sahaja melarikan diri dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober lalu.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, Alvin bergerak kembali ke lokasi lain di sekitar ibu negara mencari tempat persembunyian baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya