Abdul Hadi, pemimpin-pemimpin utama parti bertemu PM - Utusan Malaysia

Abdul Hadi, pemimpin-pemimpin utama parti bertemu PM

KENDERAAN membawa Muhyiddin Yassin kelihatan memasuki bangunan Perdana Putra di Putrajaya pagi ini bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra di sini kira-kira pukul 9.20 pagi ini bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet.

Mesyuarat itu dipercayai bagi membincangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menolak pengisytiharan darurat semalam.

Selain itu, beberapa menteri Kabinet mula tiba untuk menghadiri mesyuarat khas berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Pada masa sama, beberapa pemimpin utama parti turut kelihatan memasuki Bangunan Perdana Putra termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran.

Kedua-dua pemimpin parti itu dipercayai mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin pada pukul 9.30 pagi sebelum beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet.

Muhyiddin dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan, Jemaah Menteri akan berbincang dengan lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan untuk mengisytihar darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini.

Menurutnya, Jemaah Menteri mengambil maklum mengenai kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara itu dan keutamaan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya