162 kenderaan hilang setiap hari - Utusan Malaysia

162 kenderaan hilang setiap hari

HUZIR MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 162 kenderaan termasuk motosikal dilaporkan dicuri setiap hari di ngara ini.

Itu purata dianggarkan daripada 641,981 kes curi kenderaan yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara dalam tempoh 11 tahun sejak 2009 sehingga tahun lalu.

Namun, hanya 165,575 ditemukan semula dalam tempoh itu.

Daripada jumlah itu, kes kecurian motosikal mencatatkan kes tertinggi sebanyak 464,446 kes diikuti kereta (137,327) dan van, lori serta jentera berat (40,208).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, dalam tempoh sama lebih 10 sindiket tempatan termasuk ada hubungan dengan penyeludup luar ditumpaskan setiap tahun.

Menurut beliau, sebanyak 1,051 individu pula telah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

“Tiga punca utama kes curi kenderaan iaitu kereta lama yang susah mendapati alat ganti, kereta baharu tetapi alat gantinya mahal serta kenderaan tersebut diseludup ke negara luar menerusi pelabuhan dan sempadan tanah air di utara dan selatan.

“Bagi motosikal selain dileraikan untuk alat ganti, ia juga dijual untuk kegunaan di kawasan ladang di pedalaman serta lumba haram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Kata Huzir, Johor Bahru mencatatkan kes curi kenderaan tertinggi berbanding negeri lain.

“Sebanyak 690,236 kes dilaporkan di Johor diikuti 181,238 kejadian di Selangor dan Kuala Lumpur (84,129).

“Kita tidak menolak kemungkinan faktor geografi negeri itu besar serta jumlah penduduk yang ramai menjadi sasaran sindiket curi kenderaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya