149 kenari bernilai lebih RM72,000 dirampas di KLIA - Utusan Malaysia

149 kenari bernilai lebih RM72,000 dirampas di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 149 ekor burung kenari spesis Serinus Canaria kerana tidak mempunyai permit import di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Tarmisal Alimin berkata, burung kenari yang cuba dibawa masuk dari Belanda itu dianggarkan bernilai RM72,431.88.

“Perbuatan mengimport haiwan hidup tanpa permit import ditetapkan Maqis adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia [Akta 728].

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-keduanya sekali di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Tarmisal, Maqis sentiasa melakukan pemeriksaan ke atas dagangan keluaran pertanian yang diimport di setiap pintu masuk negara.

“Ini bagi memastikan haiwan dan keluaran pertanian yang diimport ke negara ini bebas daripada penyakit dan ancaman perosak serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.