Warga emas maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat - Utusan Malaysia

Warga emas maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat

KEBAKARAN sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Telok Molek, Butterworth, Pulau Pinang awal pagi tadi yang meragut nyawa seorang warga emas berusia 65 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Telok Molek, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, mayat Azali Saad ditemukan di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah itu dipercayai terperangkap akibat kebakaran tersebut.

Katanya, anak lelaki mangsa, Khairil, 25, pula mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.33 pagi dan jentera dari Balai Bomba Perai serta Butterworth digerakkan bagi proses memadam kebakaran.

“Kebakaran itu memusnahkan 70 peratus bahagian bilik dan peratusan kemusnahan keseluruhan adalah kira-kira 25 peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.