Van keselamatan bawa wang tunai RM50,000 terbabas - Utusan Malaysia

Van keselamatan bawa wang tunai RM50,000 terbabas

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa daripada van keselamatan yang terbabas di Jalan Johor Bahru-Mersing menghala ke Bukit Samsu, Kota Tinggi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI : Sebuah van keselamatan yang membawa wang tunai RM50,000 untuk dihantar ke sebuah lokasi terbabas dalam satu kejadian di Jalan Johor Bahru-Mersing menghala ke Bukit Samsu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tu menyebabkan pemandunya serta seorang penumpang tersepit manakala seorang lagi mengalami cedera ringan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata, seramai 10 anggota dengan dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas sebelum mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan selanjutnya.

“Semasa kejadian, van tersebut dalam perjalanan ke Mersing bagi menghantar wang. Dalam van tersebut ada sejumlah wang dianggarkan kira-kira RM50,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, terdapat seorang penumpang hadapan yang selamat telah membuka pintu van di bahagian belakang dan terus menghubungi pihak pengurusan dan menjaga wang tersebut sehingga pihak pengurusan sampai.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, van tersebut dipercayai telah memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan tepi sebuah lori.

Katanya, ekoran itu menyebabkan van terbabas ke kiri jalan dan terlanggar sebatang tiang sokongan TNB sebelum masuk ke dalam semak.

“Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila van yang dipandu hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bergesel dengan sebuah lori sebelum terbabas. 

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu dan dua penumpang van yang mengalami cedera dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, wang tunai itu berjaya diselamatkan dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya