Tiga ketua polis daerah di Selangor bertukar - Utusan Malaysia

Tiga ketua polis daerah di Selangor bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga ketua polis daerah di Selangor antara 11 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 2 November ini.

Mendahului senarai pertukaran ialah Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan yang bertukar sebagai Penolong Pengarah Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman bagi menggantikan Asisten Komisioner Razali Abu Samah yang mengambil alih jawatannya.

Dua lagi yang ditukarkan ialah Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff sebagai Asisten Komisioner Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Selangor dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman menggalas tugas sebagai Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Kubu Bharu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, jawatan Noor Azmi bakal diisi Penolong Pengarah (Pematuhan) Bahagian Pematuhan Standard JPJKK Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha diikuti jawatan Ketua Polis Subang Jaya diambil alih oleh Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman.

“Menerusi pertukaran yang diumumkan, Senior Asisten Komisioner (SAC) Koordinasi Cawangan Khas Penyelidikan dan Keurusetiaan Bukit Aman, Senior Komisioner Abu Samah Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas, Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

“Selain itu, pertukaran ini turut membabitkan Ketua JPJKK Polis Kontinjen Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan menggantikan Asisten Komisioner Mit Emong yang mengambil alih jawatan Sheik Azhar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Asmawati, Pentadbiran Jabatan Pengurusan,Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Mohammad Abd Hamid turut bertukar ke Penolong Pengarah (Pematuhan) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan kepada Utusan Malaysia, beliau memberi jaminan akan membersihkan wargaPDRM daripada sebarang masalah salah laku sebelum membanteras kegiatan jenayah di negara ini.

Antara langkah pertama yang diambil adalah rombakan besar-besaran membabitkan pegawai kanan terma­suk Ketua Polis Daerah (OCPD) dan Ketua Balai di Se­langor pada 9 September lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya