Tidak ada isu moratorium tamat - Utusan Malaysia

 Tidak ada isu moratorium tamat

MOHD. Shahar Abdullah (dua dari kiri) melawat Kawasan Pembangunan Industri Lembah Chuping (CVIA), Padang Besar, Perlis hari ini.- UTUSAN/ NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Moratorium yang secara automatik tamat pada ini bukanlah satu isu yang perlu diperdebatkan memandangkan 98 peratus permohonan moratorium bersasar telah diluluskan oleh institusi kewangan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd. Shahar Abdullah berkata, hanya dua peratus sahaja yang tidak lulus tetapi mereka masih boleh berurusan dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menyemak semula permohonan.

Katanya, AKPK juga boleh membantu mereka berhubung dengan pihak bank untuk membuat penstrukturan semula pinjaman yang telah dibuat.

“Oleh itu, saya harap dalam tempoh dua tiga hari yang ada ini dapat digunakan rakyat untuk pergi ke bank dan memohon morotorium secara bersasar kerana kadar kelulusannya adalah 98 peratus.

“Sekiranya mereka berasa diri mereka dinafikan hak tersebut, mereka boleh membuat aduan kepada Kementerian Kewangan melalui telelink Bank Negara Malaysia (1300-88-5465),” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja ke negeri ini di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, di Jalan Chuping di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, lawatan ke negeri ini  adalah bagi mendapatkan input sebanyak mungkin untuk konsulatasi Bajet 2021

Menurutnya, hasil dari lawatan itu, pihaknya akan mengemukan inisiatif bagi membendung penyeludupan di sempadan negeri ini dalam Bajet 2021 seterusnya mengelakkan masalah ketirisan.

“Dalam pada itu, kami juga memikirkan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu menyelamatkan dan memulihkan ekonomi golongan-golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. 

“Kami faham masalah yang dihadapi di kawasan sempadan di sini dan mungkin sama dengan kawasan-kawasan lain. Input yang diperoleh akan dibawa ke Putrajaya untuk memudahkan pembuat dasar mengetahui keperluan mereka,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.