Suami isteri parah, kereta langgar babi - Utusan Malaysia

Suami isteri parah, kereta langgar babi

KEADAAN kereta Perodua Alza yang remuk setelah terbabas kerana melanggar seekor babi di Kilometer 78, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Tapah hari ini. - GAMBAR IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Pasangan suami isteri parah setelah kereta dinaiki mereka melanggar seekor babi hutan yang melintas di Kilometer 78, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian pukul 7.20 pagi itu berlaku ketika mangsa, Baktiar Abu Bakar, 41, dan isteri, Nur Azlina Azrin Mohd. Zubir, 27, dalam perjalanan ke tempat kerja di Klinik Kesihatan Sungkai.

Katanya, Bakhtiar yang memandu kereta Perodua Axia tidak sempat mengelak seekor babi yang melintas jalan hingga menyebabkan kenderaan dipandunya terbabas dan terbalik.

“Kedua-dua mangsa cedera di mana pemandu kenderaan mengalami patah paha kanan manakala isterinya pula retak tulang tengkuk.

“Mangsa yang dirawat di Hospital Tapah telah dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa masih belum membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya