Konsep dalam fotografi bermaksud sebuah idea dasar yang dapat dikembangkan menjadi karya foto yang indah dan bercerita sesuai dengan maksud dan tujuannya.
Sesuatu konsep itu bergantung kepada kreativiti dan imaginasi serta kemahiran untuk mengeksploitasi subjek dan keadaan sekeliling.
Fotografi studio berkonsep, karya yang dihasilkan bergantung kepada tujuan konsep itu dilakukan.
Subjek perlu jelas, penggunaan lampu yang sesuai, bermain dengan bukaan (aperture) dan kelajuan pengatup (shutter speed) serta sudut (angle).
Alat peragaan (props) juga memainkan peranan penting dalam konsep agar karya yang dihasilkan menjadi lebih menakjubkan.










