Staf MBSA bakal dipakai kamera badan  - Utusan Malaysia

Staf MBSA bakal dipakai kamera badan 

Haris Kassim (dua dari kanan) memegang buku Bajet 2021 Majlis Bandaraya Shah Alam selepas pembentangan bajet di Wisma MBSA, Shah Alam pada 29 September 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meluluskan pembelian 45 unit kamera badan untuk  mengawasi penguat kuasa agensi berkenaan.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kassim berkata, kamera tersebut melibatkan lima kamera badan untuk penstriman secara langsung manakala 40 lagi untuk rakaman terus ke pusat arahan (command center) di Wisma MBSA.

“Setiap kamera badan tersebut berharga RM1,000 dan akan dipakaikan di badan penguat kuasa setiap kali menyertai operasi atau rondaan rutin.

“Kamera ini diharap boleh dijadikan bukti termasuk apa-apa keliruan melibatkan orang ramai dan kakitangan MBSA sendiri,” katanya selepas Pembentangan Bajet 2021 MBSA  dan Mesyuarat Majlis Kali Ketujuh Tahun 2020 hari ini.

Menurut beliau, kamera badan tersebut antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditambah baik bagi memastikan setiap kakitangan MBSA mematuhi peraturan kerja.

Mengulas mengenai Covid-19 yang dikesan di Klang dan Shah Alam, beliau berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang pandemik tersebut.

“Sekiranya pandemik kembali meningkat kita akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  sebagaimana kita lakukan di Jalan Puyuh, Seksyen 6,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya