SPRM nafi ambil keterangan 50 pekebun durian  - Utusan Malaysia

SPRM nafi ambil keterangan 50 pekebun durian 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sebanyak 50 pekebun dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu pencerobohan tanah Kerajaan negeri yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub, Pahang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, dakwaan tersebut hanya dilaporkan oleh individu dan media tertentu sahaja.

“Saya sahkan kertas siasatan telah dibuka oleh pihak SPRM Pahang untuk melihat sama ada terdapat kesalahan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu penerokaan tanah secara haram di sana.

“Setakat ini,  masih tiada mana-mana pekebun dipanggil oleh SPRM,” katanya ketika ditemui selepas Ucaptama di Forum Korporat Liabiliti di sini hari ini.

Semalam, Perikatan Selamatkan Musang King (Samka) mendedahkan kira-kira 50 pekebun durian di kawasan terbabit dihubungi oleh SPRM untuk diambil keterangan mulai hari ini.

Pada 1 Ogos lalu, kerajaan Pahang bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan dan kawasan hutan simpan.

Tindakan itu dilakukan, berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram dan kawasan hutan simpan .- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya