Seri Paduka dimasukkan ke IJN - Utusan Malaysia

Seri Paduka dimasukkan ke IJN

AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH - Ihsan Jabatan Penerangan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasukkan ke Wad Diraja, Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan di sini memberitahu, Seri Paduka yang berada di IJN sejak semalam, kini dipantau oleh doktor dan berada dalam keadaan yang tidak membimbangkan.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang tiba di Kota Bharu semalam dalam rangka lawatan peribadi telah bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan Al-Sultan Abdullah. 

Lawatan berkenaan yang dijadual selama tiga hari juga dibatalkan.

“Al-Sultan Abdullah dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat,’’ menurut kenyataan itu.

Ahmad Fadil menyeru seluruh rakyat bersama-sama mendoakan Al-Sultan Abdullah dan dikurniakan kesembuhan dengan segera serta kesihatan yang berpanjangan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.