Sembilan lelaki proses, edar ketum ditahan - Utusan Malaysia

Sembilan lelaki proses, edar ketum ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) serius dalam menangani penyalahgunaan ketum apabila sembilan individu ditahan dalam serbuan di Kampung Padang Balang di sini semalam.

Kesemua lelaki tempatan berusia  35 hingga 56 tahun  ditahan  lima pegawai dan 42 anggota Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. 

Siasatan mendapati kesemua lelaki itu dipercayai terlibat memproses ketum sebelum mengedar di kawasan Gombak dan Kampung Padang Balang sejak Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju berkata, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, air ketum yang siap diproses dijual dengan harga RM20 sebotol. 

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya menemukan 704 botol air berisi cecair disyaki ketum dan tiga bungkusan plastik seberat 30 kilogram berisi daun ketum. 

“Kita merampas satu paket plastik berisi ganja seberat 5.74 gram, sembilan tong oren, tiga gas petroleum cecair (LPG), dua set peralatan masak dan tiga periuk besar. 

“Nilai rampasan  ketum dan ganja dianggarkan  RM14,330,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, kesemua tangkapan dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya