Sejam tangkap ular sawa 50 kilogram - Utusan Malaysia

Sejam tangkap ular sawa 50 kilogram

ANGGOTA APM Pulau Pinang menunjukkan ular sawa batik yang ditangkap di Jalan Rawang, Georgetown, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri bergelut kira-kira sejam untuk menangkap seekor ular sawa batik sepanjang lima meter di Jalan Rawang, di sini semalam.

Kesulitan itu dihadapi berikutan reptilia seberat kira-kira 50 kilogram tersebut bertindak agresif ketika operasi tangkapan dilakukan pada pukul 9.28 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Timur Laut, Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, pihaknya bersama tiga lagi anggota APM ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Katanya, reptilia itu memasuki sebuah rumah di kawasan berkenaan dan membelit seekor kucing sebelum kejadian itu disedari pemiliknya.

“Ular ini cuba melarikan diri ke dalam kawasan zink berhampiran rumah tersebut. Ia agak agresif kerana berada di kawasan yang sempit, kami mengambil masa kira-kira sejam untuk menangkapnya,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, reptilia itu yang berjaya ditangkap kemudian dibawa ke Pusat Kawalan APM negeri untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya