Sabah rela kongsi hasil dengan Semenanjung - Utusan Malaysia

Sabah rela kongsi hasil dengan Semenanjung

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah tidak pernah menyimpan perasaan marah meskipun terpaksa berkongsi hasil kekayaan Negeri Di Bawah Bayu itu dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Perkara itu ditegaskan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menjelaskan, ia adalah tanda Sabah menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mengiktiraf kemerdekaan Sabah dalam Persekutuan.

Bagaimanapun, menurut beliau, erti ‘perkongsian’ sebenar adalah dengan mengagihkan hasil kekayaan dengan adil dan saksama.

“Yang kita nyatakan, kita bentuk negara Malaysia atas landasan MA63. Kekayaan ini dikongsi bersama di serata tempat. Walau Sabah kaya, kita tidak marah, kita tidak benci untuk kongsi kekayaan dengan negeri-negeri di Semenanjung.

“Tapi perkongsian perlu ada kesaksamaan. Jangan tidak ada kesaksamaan,” katanya ketika berucap dalam Program Warisan Di Hati di Kudat semalam.

Mohd. Shafie akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dan berdepan saingan lima penjuru termasuk daripada anak buahnya, Norazman Utoh Nain daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas platform Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, beliau berkata, mana-mana pemimpin politik yang pulang ke Semenanjung selepas datang berkempen di Sabah perlu menjalani kuarantin dua minggu.

Mohd. Shafie dilihat berang dengan hasrat Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan kuarantin kepada pengundi luar yang pulang ke Sabah untuk mengundi.

Beliau berkata, meskipun jumlah kes pandemik Covid-19 menunjukkan angka yang merisaukan di Tawau dan Lahad Datu, namun kewajipan kuarantin berkenaan perlulah adil membabitkan rakyat biasa dengan pemimpin parti.

“Hari ini pilihan raya, Covid-19 lagi. Bila Covid-19 datang, pengundi datang dari Semenanjung. Mereka ini rakyat Sabah tapi kerja di Semenanjung. Bila balik kena kuarantin.

“Tapi orang politik yang berceramah tidak dikuarantin apabila balik. Jangan pilih kasih, undang-undang apa ini?,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.