Rugi lebih RM18,000, padah dedah maklumat diri di Facebook - Utusan Malaysia

Rugi lebih RM18,000, padah dedah maklumat diri di Facebook

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Akibat mendedahkan maklumat peribadi dengan mengisi borang di ruang iklan pinjaman di laman sosial Facebook, seorang lelaki di Jerantut dekat sini kerugian RM18,732.

Penolong pegawai kerajaan yang berusia 34 tahun itu melihat iklan pinjaman wang di laman sosial itu pada 14 Ogos lalu.

Walaupun tidak pasti dan curiga terhadap kesahihan iklan tersebut, lelaki itu tetap mengisi borang yang disediakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa kemudian menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengajaknya berbincang.

“Selepas perbincangan, pengadu (mangsa) bersetuju membuat pinjaman RM50,000 dengan bayaran bulanan RM620.

“Bermula 25 Ogos hingga (kelmarin), pengadu membuat enam transaksi bayaran secara berperingkat dengan jumlah RM18,732,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, mangsa diminta membayar caj tidak masuk akal seperti wang cagaran, yuran perjanjian pinjaman, wang pembetulan sistem serta bayaran wang tersilap bayar.

Penolong pegawai kesihatan itu hanya menyedari tertipu apabila masih tidak menerima wang pinjaman tersebut pada tarikh yang dijanjikan semalam.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.