Pusat Perubatan Mawar miliki mesin imbasan MRI terkini - Utusan Malaysia

Pusat Perubatan Mawar miliki mesin imbasan MRI terkini

LEE TIAN HOCK menunjukkan mesin pengimbas MRI yang tiba di Pusat Perubatan Mawar dekat sini hari ini.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pusat Perubatan Mawar (MMC) hari ini menerima mesin imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) jenis Magnetom Altea 1.5 Tesla dari Siemens Healthineers.

Pengerusinya, Datuk Lee Tian Hock berkata, mesin model terkini dan canggih bernilai RM4.3 juta itu merupakan yang pertama di negara ini dan pembeliannya bertujuan untuk memberikan lebih keselesaan kepada pesakit dan menjimatkan masa.

“Mesin ini mempunyai fungsi ‘Turbo Suite Essential’ yang mampu mempercepatkan proses pengimbasan sebanyak 50 peratus.

“Kalau sebelum ini proses MRI mengambil masa sejam dengan mesin ini cuma 30 minit,” katanya dalam sidang akhbar selepas penyerahan mesin itu dekat sini hari ini.

Tambahnya, mesin pengimbas itu juga hadir dengan teknologi BioMatrix yang berkemampuan untuk mengesan dengan lebih tepat ketika melakukan MRI.

“Terowong mesin pengimbas ini bersaiz 70 sentimeter dan lebih besar secara tidak langsung memberi keselesaan kepada pesakit bertubuh besar,” katanya

Jelasnya lagi, proses pemasangan mesin pengimbas itu akan mengambil masa beberapa minggu sebelum ia diberikan kelulusan untuk digunakan

“Selepas siap dipasang, pihak Kementerian Kesihatan, akan datang untuk melakukan pemeriksaan sebelum mengeluarkan kelulusan untuk digunakan.

“Kami menjangkakan pihak hospital akan memulakan operasi mesin pengimbas ini pada bulan Disember ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya