Proses undian esok tidak terjejas - Utusan Malaysia

Proses undian esok tidak terjejas

ANGGOTA Suruhanjaya Pilihan Raya bergelut menyelamatkan peralatan untuk pengundian dalam kejadian berdekatan Sepanggar, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan kejadian ombak besar dan menyebabkan sebuah bot membawa peralatan pengundian tidak akan menjejaskan perjalanan undi yang akan berlangsung esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi memberitahu Utusan Malaysia, tiada peti undi atau dakwat dibawa semasa kejadian.

Ujarnya, dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memaklumkan sebanyak empat orang terselamat dan telah dibawa naik ke darat oleh orang kampung.

“Empat individu di dalam bot berkenaan ialah dua pegawai dari Jabatan Laut dan petugas SPR (2).

“ Bot berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Politeknik menuju ke Pulau Sepanggar dekat sini dan semasa perjalanan, hujan mulai turun dengan lebat beserta angin kuat menyebabkan bot cuba berpatah balik namun gagal selepas dipukul ombak dari belakang bot,” katanya.

Tambah Hazani, bot berkenaan adalah milik Jabatan Laut Malaysia dan membawa barangan milik SPR seperti alat tulis, beberapa kertas untuk tagging dan beberapa kotak untuk partition sahaja.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan sebuah bot membawa peralatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi proses pengundian Pilihan Raya Negeri Sabah nyaris karam selepas dipukul ombak besar di laut Sepanggar, Sabah hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan perkara itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya