PRN Sabah kena ikut SOP Covid-19 - Utusan Malaysia

PRN Sabah kena ikut SOP Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan mengguna garis panduan khas pencegahan Covid-19 dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak berkata,  garis panduan itu akan dilaksanakan dengan ketat di semua proses pilihan raya seperti taklimat petugas, penamaan calon, proses cetakan dan semakan kertas undi.

Katanya, ini termasuk pengeluaran dan pengiraan undi pos, semakan isi peti undi serta sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi.

Menurut beliau,  seramai 73 pasukan penguat kuasa Kempen Pilihan Raya akan memantau semua aktiviti calon ketika berkempen termasuk pematuhan terhadap garis panduan khas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM)

“Perkara utama pematuhan ialah penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan sanitasi tangan, proses saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau, sepanjang tempoh berkempen, setiap calon yang bertanding dibenarkan membuka Bilik Jawatankuasa (Bilik Gerakan Parti) tetapi harus mengikut garis panduan khas itu.

Katanya, jumlah kehadiran peserta bagi aktiviti ceramah  tidak boleh melebihi 250 orang pada satu-satu masa dan tempat, tertakluk kepada keluasan ruang dan penjarakan fizikal.

“Permit  PDRM untuk  berceramah adalah wajib. Calon atau wakil tidak dibenarkan untuk bersentuhan atau bersalaman dengan penghuni rumah dalam aktiviti ziarah ke rumah-rumah pengundi.

“Calon digalakkan memaksimumkan kaedah kempen menggunakan medium dalam talian atau melalui saluran media sosial,” katanya. 

Dalam pada itu, jelas beliau, semasa hari mengundi, pengundi yang bergejala dan tidak melepasi saringan suhu badan akan tetap dibenarkan mengundi di khemah khas yang dipantau pegawai kesihatan. 

Katanya, individu yang diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Person Under Surveillance (PUS) dan individu yang sedang dalam rawatan Person Under Investigation (PUI) yang ingin mengundi hendaklah memohon kebenaran daripada Pegawai Kesihatan Daerah.

“Bagi kehadiran di pusat penjumlahan rasmi undi, calon yang bertanding berserta penyokong calon yang menang akan dibenarkan hadir dalam jumlah yang minima,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.