fbpx

4 Disember 2020, 11:09 pm

  TERKINI

Polis kesan saksi kes dadah

MOHAMAD Ibrahim Mohamad, 67, dikesan sebagai saksi satu kes perbicaraan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang sedang mengesan seorang saksi, Mohamad Ibrahim Mohamad, 67, bersangkut kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, Ibrahim diperlukan sebagai saksi bagi kes itu yang akan dibicarakan pada 29 dan 30 September serta 1 Oktober ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pukul 9 pagi.

Katanya, alamat terakhir Ibrahim adalah di 10, Persiaran Seksyen 6/4, Bertam Putra, Pulau Pinang.

“Saksi berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Yohani Mohd. Nor di talian 012-4153396,” katanya. – UTUSAN ONLINE