Petronas lantik Shearwater - Utusan Malaysia

Petronas lantik Shearwater

Pemantauan seismik 3D berkenaan akan meliputi permukaan seluas 6,200 kilometer di Blok 52. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Petronas Suriname E&P BV (PSEPBV) menganugerahkan kontrak pemantauan seismik 3D di Blok 52, pesisir luar Surinam kepada Shearwater GeoServices Holding AS (Shearwater).

Dalam satu kenyataan, Shearwater berkata, projek itu dijadualkan bermula pada suku keempat 2020.

“Pemantauan baharu di Surinam hadir pada waktu yang baik di kawasan itu. Kami teruja untuk bekerja bersama PSEPBV untuk projek itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Shearwater, Irene Waage Basili seperti dipetik portal The Edge.

Syarikat itu berkata, pemantauan seismik 3D berkenaan akan meliputi permukaan seluas 6,200 kilometer persegi di Blok 52 dan akan dijalankan oleh kapal Geo Carribean.

PSEPBV adalah operator untuk Blok 52 dengan kepentingan penyertaan sebanyak 50 peratus bersama rakan kongsinya, ExxonMobil yang memegang baki 50 peratus pegangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN