fbpx

28 Oktober 2021, 11:14 pm

  TERKINI

Perunding IT didakwa tipu wanita RM1.35 juta

PENGANGGUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang perunding teknologi maklumat (IT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini  hari ini  atas pertuduhan memperdaya seorang wanita membabitkan kerugian RM1.35 juta  tiga tahun lalu.

Aqmar Fikhri Mohamed Saburi, 27, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Aqmar didakwa menipu seorang wanita berusia 55 tahun dengan memperdaya untuk menandatangani perjanjian pembayaran hutang dengan mempercayai bahawa sembilan keping cek bernilai RM1.35 juta adalah sah dan boleh ditunaikan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jalan Tengku Ampuan Zabedah H/9H, Seksyen 9 pada 5 Januari 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali memohon mahkamah mengenakan RM200,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri setiap bulan di mana-mana balai berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam tertuduh, Nor Azri Mohd. Arif memohon ikat jamin terhadap anak guamnya dikurangkan berikutan tertuduh sentiasa memberi kerjasama kepada polis.

“Ibu kepada tertuduh juga  diisytihar muflis selain lumpuh dan perlu menjaga orang tuanya yang sakit,” katanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan membenarkan semua syarat tambahan dipohon timbalan pendakwa raya serta menetapkan 9 Oktober ini untuk sebutan semula. – UTUSAN

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI