Penunggang motosikal maut terperosok bawah van - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut terperosok bawah van

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan seorang penunggang motosikal yang terperosok di bawah van dalam kemalangan di Jalan Permatang Bendahari, Kepala Batas, Pulau Pinang pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah van dalam kemalangan di Jalan Permatang Bendahari, Penaga, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Mohd. Hafiz Zakaria, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu membabitkan bas, van dan motosikal.

“Bomba yang menggunakan peralatan khas membawa keluar mangsa yang tersepit pukul 8.28 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan sebelum kes diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pukul 9.42 pagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.