Pemandu maut kereta masuk gaung - Utusan Malaysia

Pemandu maut kereta masuk gaung

KEADAAN kereta Proton Wira dipandu Chin Ah Kaw yang terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di laluan Jalan Segamat-Gemas, Segamat, Johor, semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Wira dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam tiga meter di Jalan Segamat-Gemas di sini malam semalam.

Dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 7.40 malam itu, mangsa, Chin Ah Kaw, 52, meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, sebaik sahaj pasukan tiba di lokasi, pihaknya mendapati lelaki itu masih berada di dalam kereta manakala seorang lagi mangsa iaitu isterinya, Lai Nyee Moi, 54, yang terselamat dibawa keluar oleh orang awam.

“Mangsa maut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berpunca keadaan permukaan jalan raya yang licin dan hujan lebat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.