Pemancing terselamat dipukul ribut - Utusan Malaysia

Pemancing terselamat dipukul ribut

SEORANG pemancing berusia 53 tahun ditemukan bersama bot miliknya yang terbalik akibat dibadai ribut di perairan Mersing di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: “Berpantang maut sebelum ajal.”

Demikian peribahasa boleh digambarkan terhadap nasib seorang pemancing setelah dia dilaporkan hilang ketika keluar memancing di perairan Mersing semalam.

Namun mangsa, Suhaimi Hashim, 53, ditemukan selamat hari ini dalam keadaan berpaut pada botnya terbalik kerana dipukul ribut di perairan tersebut.

Mangsa sebelum itu dilaporkan seorang diri menaiki bot fiber untuk memancing dari jeti Sungai Jamaluang, Kampung Sri Pantai pada pukul 8.00 pagi semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya telah menerima satu panggilan kecemasan pukul 3.30 pagi ini setelah mangsa gagal dihubungi oleh keluarganya.

“Isteri mangsa memaklumkan perhubungan terakhir dibuat rakan mangsa pada pukul 9.30 pagi semalam di mana pada waktu itu mangsa sedang berehat di Pulau Rawa.

“Sejurus menerima panggilan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada pukul 4.00 pagi dan bot ronda dikejar mencari mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nurul Hizam, pihaknya kemudian mendapat maklumat oleh sebuah feri di perairan Mersing yang melihat seorang lelaki 

dalam keadaan berpaut pada sebuah bot.

Katanya, pasukan SAR sejurus itu telah dikejarkan ke lokasi setelah menerima laporan tersebut

“Setiba di lokasi, mangsa itu disahkan merupakan individu mangsa yang sedang dicari dan dia berada dalam keadaan selamat.

“Seterusnya mangsa telah dibawa ke Kampung Tekek, Pulau Tioman bersama bot miliknya oleh feri berkenaan. Dengan penemuan ini, SAR telah ditamatkan pada jam 10.00 pagi,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti laut terutama ketika musim monsun ini dengan mengutamakan keselamatan diri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN