Mesyuarat Majlis Presiden PKR jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Mesyuarat Majlis Presiden PKR jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kontroversi, ia hanyalah Mesyuarat Majlis Presiden yang diadakan oleh PKR di ibu pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor dekat sini.

Namun, ramai pengamal media dilihat berkumpul di pekarangan ibu pejabat tersebut bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung dakwaan pembentukan kerajaan baharu di bawah pentadbiran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana menurut salah seorang pegawai kepada ahli Majlis Pimpinan PKR, mesyuarat berkenaan diadakan apabila terdapat isu tertentu yang perlu dibincangkan bersama.

“Seperti biasa, Majlis Pimpinan PKR akan mengadakan Mesyuarat Presiden bila ada isu tertentu, tetapi tiada sidang media akan dibuat.

“Kebiasaannya mereka (pemimpin PKR) menyediakan satu kenyataan akhbar sebaik sahaja selesai mesyuarat tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung bermula pukul 4.30 petang tadi dilaporkan belum selesai sehingga pukul 7 malam ini.

Terdahulu, maklumat yang mengatakan Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan akhbar petang ini membuatkan ramai pengamal media berkumpul di situ untuk mendapatkan perkembangan lanjut daripada Anwar.

Pengumuman Istana Negara sebentar tadi adalah mengenai Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi serta mendapatkan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Ia tidak langsung menyentuh mengenai perkembangan politik negara yang dikatakan akan bertukar kerajaan dalam masa terdekat berikutan dakwaan Presiden PKR sebelum ini yang dikatakan mempunyai majoriti bagi menumbangkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya