Malaysia tak layan tuntutan Filipina - Hishammuddin - Utusan Malaysia

Malaysia tak layan tuntutan Filipina – Hishammuddin

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia tetap kukuh dengan pendirian tidak sekali-kali berunding atau melayan tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah.

Menegaskan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua pihak perlu memahami tuntutan Filipina bukan sahaja tidak berasas, malah langsung tidak relevan. 

Oleh itu, katanya, Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan tersebut sekali gus tidak ada sebab mengapa langkah perundingan perlu dilakukan.

“Saya telah tegaskan banyak kali, tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan dan Sabah milik Malaysia buat selama-lamanya. 

“Sebab itu, saya kecewa apabila Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mencadangkan agar Kerajaan Malaysia berunding dengan kerajaan Filipina,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Baru-baru ini, Mohd. Shafie berkata, isu tuntutan Filipina ke atas Sabah harus dipadam menerusi rundingan kerajaan dengan Filipina.

Ini kerana, jelas bekas Ketua Menteri Sabah itu, selagi tiada kata putus membabitkan kedua-dua negara, selagi itu Filipina menimbulkan provokasi.

Menyangkal pendapat berkenaan, Hishammuddin berkata, sebagai pemimpin Sabah, Mohd. Shafie sepatutnya lebih tegas, bukannya cuba memberi muka kepada pihak luar yang cuba mempersoalkan kedaulatan Sabah. 

“Sekiranya kita buka ruang rundingan, itu bermakna Malaysia akui tuntutan tersebut mempunyai asas, atau sebenarnya memang Mohd. Shafie anggap tuntutan Filipina berasas?” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya