fbpx

Macau Scam pandai cari mangsa berduit

AMINUDDIN Harun menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang pesara pada Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2019 di Seremban pada 29 September 2020.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Golongan pesara diingatkan berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa sindiket penipuan Macau Scam seperti yang sering dilaporkan dalam media.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, lazimnya golongan pesara  antara golongan sasaran  kerana mengetahui kumpulan ini mempunyai wang.

“Penjawat awam yang masih bertugas juga sering dicari Macau Scam yang bijak mengenal pasti sasaran.

“Berhati-hatilah dalam pelaburan atau menerima panggilan telefon supaya anda  tidak tertipu dengan helah ahli sindiket,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2019 di sini hari ini.

Menurut beliau, pesara diingatkan tidak sama sekali mendedahkan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali bagi mengelakkan  menanggung kerugian.

Dalam majlis sama, Aminuddin mengumumkan  kerajaan negeri bercadang mewujudkan sebuah perkampungan pesara ‘Retirement Village’ melalui Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pesisiran Pantai Port Dickson.

“Komponen pembangunan perkampungan tersebut mesti mesra pesara seperti pusat kejururawatan, infrastruktur mesra orang kelainan upaya (OKU), taman rekreasi dan landskap berkonsep ‘wellness’ dan juga hospital swasta, klinik kesihatan serta farmasi,” katanya.- UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI