Lima tertuduh kes cemar Sungai Gong dibenar ikat jamin RM2j - Utusan Malaysia

Lima tertuduh kes cemar Sungai Gong dibenar ikat jamin RM2j

LIMA tertuduh termasuk empat beradik yang terlibat dengan kes pencemaran Sungai Gong dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor  berhubung permohonan jaminan terhadap mereka. - ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan kelima-lima tertuduh termasuk empat beradik yang merupakan pengarah bengkel jentera berat yang terlibat dengan pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang diikat jamin RM400,000 setiap seorang.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Norsharidah Awang memerintahkan kesemua mereka diikat jamin dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Malah, Norsharidah turut memerintahkan jaminan ditarik balik sekiranya melakukan kesalahan ketika dalam jaminan.

Selasa lalu, kesemua tertuduh termasuk empat beradik itu tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen di Selayang dekat sini.

Hakim Syafeera Mohd. Said membuat keputusan itu selepas mendengar dan menimbang hujah permohonan bagi jaminan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya