Lima janda tahi dadah ditahan - Utusan Malaysia

Lima janda tahi dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Enam wanita termasuk lima janda  antara 16 ditahan  dalam Ops Cegah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Kuala Muda di sini semalam kerana disyaki menagih dadah.

Ketua Pegawai AADK daerah itu, Arnida Ishak berkata, mereka ditahan dalam operasi di 10 lokasi mulai pukul 9 pagi hingga 11.45 malam.

Menurut beliau, kesemua yang berumur 17 hingga 43 tahun dibawa ke pejabat AADK untuk menjalani ujian saringan awal air kencing.

“Hasil ujian air kencing, seramai 15 orang termasuk lima janda positif manakala seorang lagi wanita dibebaskan kerana negatif.

“Mereka didapati positif dadah jenis syabu dan morfin,” katanya di sini hari ini.

Arnida berkata, kawasan menjadi tumpuan operasi itu ialah di sekitar bandar ini iaitu Taman Ria, Flat Paya Nahu, Perumahan Awam Sungai Lalang, Taman Arked, Taman Sri Tanjung dan Pengkalan Lebai Man.

Katanya, kawasan lain ialah  Taman Lembah Permai di Gurun dan Taman Permai di Bedong  dekat sini.

“Mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998,” kata Arnida. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya