Lelaki maut terbabas parit - Utusan Malaysia

Lelaki maut terbabas parit

MAYAT mangsa ditemukan maut dalam parit di Kampung Simpang 5 Darat, Bukit Gambir selepas motosikal ditungganginya terbabas. Gambar: Ihsan Polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK : Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya telah hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di Simpang Lima Darat, Bukit Gambir di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.10 pagi berhubung kemalangan maut di kawasan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa Hamdan Yusof, 47 tahun yang bekerja sebagai buruh sedang menunggang motosikal dari arah kedai makan menuju balik ke rumahnya di Kampung Simpang 5 Darat.

“Bagaimanapun, ketika di tempat kejadian iaitu di simpang tiga, mangsa dipercayai terbabas masuk dalam parit bersama dengan motosikalnya dan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, punca kemalangan diklasifikasikan sebagai kecuaian mangsa, namun sebab kematian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tangkak dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.