Lelaki maut kereta terbabas dalam parit - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta terbabas dalam parit

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa dari kereta yang terbabas ke dalam parit di Kampung Sengkuang, Sri Gading, Batu Pahat, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Viva yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Kampung Sengkuang di Sri Gading di sini hari ini.

Dalam kejadian berlaku pukul 2 petang itu, lima penumpang lain termasuk dua beradik dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan terselamat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, enam kenderaan termasuk jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Penggaram dibantu dari JBPM Yong Peng dengan kekuatan 18 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.31 petang dan sebaik tiba didapati benar terdapat seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu Perodua Viva yang terbabas ke dalam parit.

“Bomba membuka pintu kereta berkenaan menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan mangsa serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak kakitangan Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi.

“Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Aisamuddin Kasmuni, 32, dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera pula dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut.

“Mangsa yang cedera dikenali sebagai Nurul Uyun Mad Sharif, 20, Nor Aina Abu Bakar, 19, Mohd. Aiman Ashraf Abu Bakar, 17, Nor Natrah Nazirah Nor Rahim, 16, seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun yang belum dikenal pasti identitinya,” katanya.

Katanya, operasi menyelamat tamat pukul 4.25 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya