Lelaki hilang dicari keluarga - Utusan Malaysia

Lelaki hilang dicari keluarga

ZAHARI Mustafa yang hilang sejak Julai tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Waris kepada seorang lelaki pesakit mental yang hilang sejak setahun lalu di sekitar Pengkalan Chepa,di sini merayu bantuan orang ramai menyalurkan maklumat jika pernah ternampak lelaki itu.

Zahari Mustafa, 45, dikatakan keluar dari rumah pada Julai tahun lalu dengan sehelai sepinggang dan hilang tanpa khabar berita.

Adiknya, Fikri, 37, berkata, laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 12 Julai 2019.

“Keluarga bimbang tentang keadaan abang kerana sehingga sekarang masih tidak pulang-pulang.

“Bulan lalu, dia dikatakan dilihat di sekitar bandar Kota Bharu namun kami gagal mengesannya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Fikri, abangnya juga tidak sempat menatap wajah arwah bapa mereka, Mustafa Husin yang meninggal dunia beberapa minggu selepas dia hilang.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau ternampak Zahari boleh menghubungi ahli keluarganya di talian 0139858263. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya