Lelaki bawa arak seludup ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki bawa arak seludup ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki kerana membawa arak seludup bernilai RM124,881 dalam kenderaan jenis Nissan Sylphy di Taman Nusa Bestari 2, Bandar Bestari di sini.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, suspek warga tempatan berusia 56 tahun ditahan pada pukul 5 petang semalam.

“Ketika pemeriksaan dibuat, pihak berkuasa menemukan 56 karton dan sembilan kotak arak seludup yang tidak mempunyai cukai kastam.

“Ekoran itu, barangan berkenaan dirampas berserta kenderaan terbabit, anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM164,881,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhd. Zailani berkata, suspek ditangkap berserta barangan rampasan dibawa ke Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, di sini untuk tindakan lanjut

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya.

Beliau berkata, polis akan terus melakukan penguatkuasaan dan operasi mencegah jenayah secara berterusan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani isu-isu penyeludupan. 

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di talian 072372221,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.